AL-BALAD
Saya ingin berkongsi tentang sebuah firman daripada Allah SWT, iaitu surah Al-Balad, surah ke-90. Balad daripada aspek bahasa memberi maksud “negeri”.
Secara ringkasnya, surah ini merupakan surah yang menceritakan kepada kita akan hakikat kehidupan seorang manusia.
"Sesungguhnya Kami telah kami ciptakan manusia itu berada dalam susah payah" (90:4)
Normalnya, memang manusia kena bersusah payah untuk menjadi baik atau sebaliknya. Hendak berbuat jahat seperti merompak bank, membunuh dan sebagainya pun susah, apatah lagi hendak berbuat kearah kebaikan. Namun sebegitu, susah payah yang kita lakukan kearah kebaikan, pasti hasilnya membawa keuntungan kepada kita.
Allah SWT memberi kita dua jalan seperti firmannya dalam ayat (90:10) yakni jalan kebajikan ataupun kejahatan. Terpulang kepada kita hendak memilih jalan yang mana. Namun, sedar ataupun tidak, Allah SWT telah mengurniakan nikmat yang banyak kepada kita. Disebut dalam ayat (90:8-9), yang mana Allah SWT memberikan kita mata, lidah, bibir, yakni pancaindera untuk kita meneruskan kehidupan.
Bayangkan, sekiranya nikmat tersebut ditarik oleh Allah, maka betapa susahnya hidup kita. Oleh itu, bersyukurlah dengan kurniaan Allah kepada kita. Walaupun kita selalu leka akan Pencipta, tapi Allah tidak pernah sesaat pun lupakan kita.
Teruskanlah bersusah payah di jalan Allah SWT, kerana susah-susah kita di dunia itu, akan membawa kesenangan dalam hidup kita di akhirat. Nak ke kita susah-susah di dunia yang sementara ini lalu ditambah lagi dengan kesusahan di akhirat yang selamanya?
Mari kita lihat kembali sirah seorang sahabat Rasullah, Abu Bakar. Dia merupakan seorang peniaga yang kaya dan disegani pada zaman itu. Orang ramai sentiasa akan merujuk Abu Bakar, baik dalam urusan jual beli, mahupun masalah-masalah peribadi. Namun, dia menjadi seorang yang bankrupt pada hari pertama dia masuk Islam. Sebab apa? Kerana dia telah menginfakkan seluruh hartanya ke jalan Allah untuk membantu orang Islam pada zaman itu. Dia telah membebaskan hamba sahaya, semata-mata untuk merasakan rasa susah yang Allah mahukan. MasyaAllah. Abu Bakar sememangnya mempunyai peribadi yang sangat baik untuk dicontohi.
Dalam ayat (90:12-17), Allah SWT berfirman mengenai “jalan mendaki dan sukar” yakni
- Melepaskan hamba sahaya
- Memberi makan ketika terjadinya kelaparan
- Memberi makan kepada anak yatim
Akhir kata, sangat ganjillah bagi seorang manusia apabila mereka tidak merasa susah dalam kehidupan seharian. Fikirkansejenak, adakah susah-payah kita itu membawa hasil yang baik di akhirat kelak? Kita tidak mahulah apabila di dunia kita bersusah-susah, dan di akhirat pun kita lagi bersusah-susah, kerana susah payah kita di dunia yang menzalimi diri kita sendiri seperti melakukan larangan Allah SWT.




No comments:
Post a Comment